Khamis, 16 September 2010

Konsert Siti Nurhaliza oleh Kerajaan Pulau Pinang batal !!

OSumber: Pejuang Bangsa

PB mendapat makluman bahawa konsert percuma kerajaan Guan Eng sempena Hari Malaysia yang menggunakan tarikan artis terkenal Siti Nurhaliza telah dibatalkan . Alasannya dikhabarkan Siti Nurhaliza telah mendapatkan nasihat doktor supaya membatalkan konsert berikutan keadaan kesihatannya .

Artikel PB mengenai kisah ini akan menyusul ....

p/s : syabas Siti kerana tidak menjadi alat kepada Ketua Menteri berlidah biawak ini !!

Tarbiyyah DAP terhadap PAS dalam bidang muzik berjaya

Sumber: Mutiara Melayu Pulau Pinang

KESAN HIBURAN YANG DI BWA OLEH GUAN ENG DALAM CARA HIDUP PAS MENGHASILKAN TARBIYYAH SEPERTI DI ATAS. TAHNIAH LGE. SIAPA YANG DOA SIAPA SEKARANG?

PERASAN TAK KITA SEBAGAI RAKYAT PULAU PINANG.

2 TAHUN DAP PERINTAH, DAP BERJAYA MENUNDUK KAN SYAHWAT PENENTANGAN PAS TERHADAP HIBURAN. DENGAN KATA LAINNYA, DAP MEMBERI PAS MERASA.

BERAPA KALI KONSERT AMAL YANG MEREKA BUAT DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA. MULA-MULA DENGAN NASYID.KEMUDIAN DENGAN KUMPULAN ROCK ALA ISLAMIK.KEMUDIAN CAMPUR KUMPULAN ROCK DENGAN NASYID. KEMUDIAN CAMPUR DENGAN PENYANYI UNDANGAN DAN AKHIRNYA BUDAYA HEDONISME /BERHIBUR TELAH TERSEMAT DI LUBUK HATI PAS SEKARANG.KONSERT D PENANG TAK PERLU BAHAGI TEMPAT LELAKI DAN PEREMPUAN. SENANG BETUI DAP DAN ANWAR BULI PAS. TAHNIAH PAS. AKU BANGGA SANGAT DENGAN KEJAYAAN DAP TARBIYYAH KAN PAS. LEPAS NI APA LAGI YER. HUDUD PUN TAKPE, NAMA ALLAH PUN TAK PER, ARAK PUN TAKPE, KONSERT PUN TAKPE, RUMAH URUT PUN TAK PE.YANG PENTING DAP BAGI SUMBANGAN RM 1000 SETAHUN PADA MASJID MEREKA ITULAH NILAH PERJUANGAN ISLAM DALAM PAS.

KOMEN AKU : TIADA LAGI DEMONSTRASI UNTUK KONSERT DAN MAKSIAT YANG PAS AKAN BUAT BILA DI TANYA , PAS AKAN JAWAB UMNO YANG MENDIDIK BUDAYA HIBURAN INI. SEMUA BURUK PADA UMNO. PAS BERAK TENGAH JALAN PUN, DIA KATA TAHI UMNO.

Rabu, 8 September 2010

Konsert Siti: Guan Eng menipu lagi!


Sumber: satulimatiga

Di bulan Ramadhan yang baik ni pun Guan Eng masih lagi nak menipu. Macam mana PAS tarbiah Guan Eng ni? Tak habis-habis nak menipu. Cuba la jujur Guan Eng oi.

Lihat tajuk posting di blog Guan Eng mengenai konsert Siti Nurhaliza yang nak dianjurkannya (sini):

The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations.

Cuba pula baca perenggan kedua akhir dari posting berkenaan:

"The function is free to all Penangites and in the spirit of Hari Malaysia to all Malaysians who may wish to come to Penang attend this free concert. Those who attend are only required to buy a bottle of mineral water each. The mineral water, Island Spring Water is produced by PBAPP and will be sold at RM 1 to assist us in determining the attendance record."

Free apa kebendanya Guan Eng oi kalu dah nak kena beli air mineral sebotol setiap sorang. Free tu maksudnya penonton yang masuk ke Stadium Bandaraya tu tak perlu nak dikenakan apa-apa syarat sekalipun! Ini dah kira caj tersembunyi!

Walaupun hanya seringgit dikenakan bagi setiap botol mineral, harga bukan persoalannya. Persoalannya ialah mengapa Guan Eng menipu dengan mengatakan konsert berkenaan free? Janganlah jaja mengatakan ia free kalu dah semua wajib beli air mineral untuk masuk. Siapa yang tak beli air mineral tu tak boleh masuk. Itu dah bukan free namanya!

Alasan nak kira jumlah kedatangan guna botol air mineral sememangnya amat bangang sekali. Kalu nak kira jumlah penonton, guna sajalah alat pengira macam dalam gambar kat atas tu.

Kalau kerajaan Penang takda dan tak nak bazir duit beli alat yang harga tak sampai RM30 satu tu, pi pinjam kat JKR yang dok buat banci lalu lintas kenderaan. Depa ada alat tu!

Lihatlah bagaimana Guan Eng putar belit perkataan “free” untuk menggambarkan kerajaan pimpinannya prihatin dengan memberi konsert yang kononnya percuma kepada rakyat? Ini baru perkara kecil yang bernilai seringgit. Cuba banyangkan kalau yang berjuta-juta ringgit. Entah bagaimana lagi agaknya beliau memutar belit.

Apa la hang Guan Eng, benda macam ni pun nak menipu! Apa punya turrrrrr da!

Ahad, 5 September 2010

Malaysiakini buktikan Guan Eng rasuah pengundi Pulau Pinang! SPRM tolong ambil tindakan!

Sumber: satulimatiga

“Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.”

Demikian petikan perenggan pertama artikel yang ditulis oleh Muhamad Abdul Qayyum yang dipostkan pada jam 3:11 petang, 5 September 2010 di Malaysiakini dengan tajuk 107,620 warga emas Pulau Pinang terima sumbangan (sini).

Inilah bukti terkini yang dipaparkan sendiri oleh media pro-Pakatan Haram bahawa Guan Eng sememangnya memberikan rasuah kepada pengundi untuk memenangi pilihan raya.

Beri sumbangan kepada warga emas itu bagus tetapi mengapa hanya diberi kepada mereka yang mendaftar sebagai pengundi? Mengapa tidak diberikan sekali kepada warga emas yang tidak mendaftar sebagai pengundi?

Jelas, terang lagi bersuluh Guan Eng menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk mengekalkan kuasa dengan merasuah para pengundi. Ia dengan harapan agar dalam pilihan raya akan datang warga emas yang mendaftar sebagai pengundi ini akan mengundi DAP, PAS dan PKR.

Kerajaan BN sama ada di peringkat Pusat atau negeri yang sekian lama memerintah tidak pernah membezakan bantuan sekiranya nak diberikan kepada warga emas sama ada mereka itu mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak, penyokong BN ataupun tidak. Semuanya diberikan bantuan kerana memerlukan.

Namun kerajaan pimpinan Guan Eng yang turut dijilat oleh PAS, semua tindakannya adalah atas faktor politik dan undi semata-mata!

Penulis tak mahu komen panjang-panjang lagi. Ini merupakan bukti jelas dari Malaysiakini.

SPRM, tolong dakwa Guan Eng segera!

Rabu, 1 September 2010

Guan Eng pun bodoh tak reti Bahasa Melayu macam PAS dan Malaysiakini jugak!

Sumber: satulimatiga

Semalam 1 September 2010, penulis telah mengulas mengenai kebodohan PAS dan Malaysiakini yang melaporkan mengenai cerita remeh oleh Pemuda PAS semata-mata nak mencipta isu (sini). Hari ini, Malaysiakini sekali lagi sengaja memainkan isu berkenaan dengan bertanya sendiri dengan tuan punya diri yang gambarnya disuperimpose oleh Beruk PAS, Lim Guan Eng (sini).

Ternyata, Guan Eng seperti yang disangka akan menggunakan peluang berkenaan untuk menghentam UMNO/BN. Katanya, perbuatan berkenaan merupakan ‘satu lagi perbuatan jahat yang terdesak’ dan ia direka kononnya untuk merosakkan perhubungan akrab dunia akhirat antara PAS dan DAP.

Kenyataan Guan Eng itu sebenarnya menampakkan beliau juga tidak mengetahui Bahasa Melayu sebagaimana yang telah penulis ulaskan semalam (sini). Tak mengapalah, nak buat macam mana, dah orang PAS sayang sangat kat kalipah komunis moden ni. Jilat sajalah.

Cuma satu saja penulis nak tanya Guan Eng, apa lu mau komen sama gambar di bawah? Takkan takda komen kot?

Kepada Malaysiakini, kenapa tak pergi tanya PM untuk komen gambar-gambar di atas? Sebab PM tak bayar lu orang macam Pakatan Haram ka? Tuih!

Ahad, 29 Ogos 2010

CUEPACS patut desak Guan Eng naikkan bonus lagi RM100. Kesian penjawat awam Penang!

Sumber: satulimatiga

Penulis merasa sangat kasihan kepada seluruh penjawat awam Pulau Pinang di bawah kerajaan Guan Eng. Ketika rakan-rakan mereka yang juga bertugas di Pulau Pinang tetapi melapor kepada Kerajaan Persekutuan menerima bonus RM500, mereka hanya menerima RM400 akibat tindakan Guan Eng yang gila populariti (sini).

Di negeri-negeri BN yang lain semua penjawat awam menerima RM500, sama kadar yang diberikan oleh Pusat. Malah, Selangor dan Kedah turut memberikan jumlah yang sama.

Mungkin RM100 bagi Guan Eng itu jumlahnya sangat kecil tetapi jumlah itu sangat bermakna kepada pejawat awam khususnya yang berpendapatan rendah.

Guan Eng juga perlu sedar yang tindakan beliau memberikan bonus yang kurang dari kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain akan menjejaskan moral penjawat awam Pulau Pinang.

Penulis memohon agar CUEPACS campur tangan dan mendesak agar Guan Eng menaikkan bonus penjawat awam Pulau Pinang sekurang-kurangnya RM100 lagi. Penjawat awam di Pulau Pinang juga seharusnya menunjukkan tanda protes kepada Guan Eng agar beliau menaikkan bonus anda semua.

Ini kerana Guan Eng sebelum ini, yang turut menggunakan balacinya PAS (sini), telah menjaja bahawa pelaburan Pulau Pinang kononnya telah meningkat 1.53 bilion untuk tempoh sehingga Jun tahun ini.

Takkanlah dengan pelaburan berbilion ringgit tu nak bagi bonus RM500 kepada penjawat awam Pulau Pinang tak boleh kot? Lu tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri tapi menyewa banglo mewah boleh pula?

Buat penjawat awam Pulau Pinang, sekali lagi penulis tegaskan, kalau Guan Eng tak naikkan bonus lagi RM100, jangan sesekali undi Pakatan Haram dalam pilihanraya akan datang. Mengundi PAS dan PKR apatah lagi DAP bermakna anda mengundi untuk mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Jangan dibiarkan lagi. Nyah Guan Eng keluar dari Pulau Mutiara. Dia bukan orang sana!

Rabu, 25 Ogos 2010

Guan Eng, bonus RM400 saja ka? Semua negeri BN RM500. Lu malukan penjawat awam Penang la!

Sumber: satulimatiga

Semua rakan penulis yang berkerja di sektor awam Persekutuan yang sempat ditemui selepas pengumuman pemberian bantuan hari raya RM500 oleh PM petang tadi senyum melebar sampai ke telinga. Masakan tidak, jumlah RM500 itu amat bermakna bagi mereka khususnya yang berjawatan rendah.

Sebelum ini, Guan Eng menjaja bahawa kerajaan pimpinannya amat prihatin apabila memberikan RM400 kepada penjawat awam di Pulau Pinang pada 18 Ogos yang lalu (sini).

Pencacai-pencacai Pakatan Haram menjadikannya sebagai satu isu dengan mengatakan penjawat awam di Pulau Pinang sangat beruntung kerana berada di bawah DAP berbanding rakan-rakan mereka di Persekutuan dan negeri-negeri BN yang tidak langsung mendapat apa-apa.

Akibat dari itu, ramai penjawat awam Pulau Pinang khususnya yang menyokong Pakatan Haram memperli rakan-rakan mereka yang bekerja di bawah BN agar mengundi Pakatan Haram dalam pilihan raya akan datang. Hanya semata-mata BN kononnya tidak memberikan bonus RM400 seperti yang dilakukan kalipah Guan Eng.

Hari ini, apabila PM mengumumkan bonus RM500 untuk penjawat awam Persekutuan, semua negeri BN turut mengikuti langkah berkenaan. Ia sudah menjadi tradisi sejak dulu lagi semua negeri akan memberikan bonus pada kadar yang sama sebagaimana yang diberikan oleh Pusat. Kelantan yang di bawah PAS pun akan mengikut kadar yang sama.

Dengan pemberian RM500 itu, penjawat awam di Persekutuan dan negeri-negeri BN amat bersyukur kerana ia bukan saja meringankan beban malah mereka juga dapat memulangkan paku buah keras keras kepada penjawat awam pro Pakatan Haram di Pulau Pinang.

Tindakan populis Guan Eng yang cuba menggambarkan kononnya hanya dirinya saja yang prihatin kepada penjawat awam negeri berkenaan dengan mendahului pengumuman dari Pusat telah memakan diri sendiri. Walaupun jumlah perbezaannya RM100, ia amat besar bagi penjawat awam khususnya yang berjawatan rendah.

Penulis amat menantikan apakah kaedah yang akan digunakan Guan Eng untuk menutup “kemaluannya” kali ini. Jika benar beliau seorang yang prihatin, pasti sekurang-kurangnya RM100 lagi bonus akan ditambah kepada semua penjawat awam Pulau Pinang. Jika itu tidak dilakukan, Guan Eng menyerlahkan lagi kebodohan dirinya yang hanya mementingkan populariti.

Pesanan penulis kepada penjawat awam Pulau Pinang, jika Guan Eng tidak tambah bonus RM100 lagi, jangan sesekali terfikir untuk mengundi DAP, PKR atau PAS dalam pilihan raya akan datang. Ingat tu!

Ahad, 22 Ogos 2010

Haramjadah! Guan Eng tidak tandatangan resolusi taat setia Pakatan PP kepada YDP Agong!

Sumber: satulimatiga

Semalam 22 Ogos 2010, heboh diceritakan puak-puak Pakatan Haram Pulau Pinang meluluskan 10 usul sebagai tanda taat setia kepada YDP Agong dan Yang diPertua Negeri di dalam mesyuarat tergempar yang diadakan di KOMTAR (sini).

Lucunya, Barisan Nasional dan sebelumnya Perikatan, semenjak sebelum merdeka lagi telah taat setia kepada YDPA dan Yang diPertua Negeri Pulau Pinang. Pakatan Haram sekarang ini baru terhegeh-hegeh nak tunjuk yang mereka kononnya setia padahal ia dibuat untuk kelansungan politik.

Penulis dimaklumkan, di seluruh Pulau Pinang, puak-puak Pakatan Haram telah menjaja isu khutbah yang menggantikan nama YDP Agong dengan nama Guan Eng kononnya dibuat-buat oleh UMNO. Sebab itu resolusi ini diadakan bagi mengukuhkan kisah putar alam mereka!

Membaca resolusi berkenaan membuatkan penulis berasa terkejut apabila ia tidak ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng walaupun mesyuarat berkenaan dipengerusikan beliau.

Guan Eng selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Pakatan Haram Pulau Pinang seharusnya mengetuai dan menandatanganinya sebagai tanda Pakatan Haram Pulau Pinang yang dipimpin beliau berpegang teguh kepada resolusi berkenaan. Sebaliknya, hanya orang bawahan beliau yang menurunkan tanda tangan.

Ini bermakna Guan Eng sebenarnya tidak mahu terikat untuk taat setia kepada YDP Agong dan Yang diPertua Negeri sebagaimana yang digariskan di dalam resolusi tersebut. Dengan kata lainnya, Guan Eng tidak mahu berikrar untuk menjunjung YDP Agong dan Yang diPertua Negeri dalam pentadbiran beliau.

Yalah, Masakan Guan Eng mahu taat sedangkan matlamat perjuangan DAP kan Malaysian Malaysia, semua sama rata, sama rasa!

Bukalah mata sekalian umat Melayu sekalian. Lihat bagaimana Guan Eng dengan liciknya secara halus menolak kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara dan Yang diPertua Negeri sebagai “payung” pentadbiran negeri Pulau Pinang.

Ini dilakukan beliau ketika bertakhta di Pulau Pinang. Bayangkan bagaimana pula sekiranya beliau berada di Putrajaya. Nauzubillah hi minzalik!

Jumaat, 20 Ogos 2010

Teks khutbah memang takda nama Guan Eng bangang oi! Kena paksa buat pembelaan ka Malik?

Sumber: satulimatiga

Tak semena-mena Exco Hal-Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dilihat bangun membela “Agong Pulau Pinang”, Lim Guan Eng. Guan Eng dulunya diberi gelaran Khalifah oleh PAS bagi menggambarkan betapa “Islamiknya” pemerintahan beliau kini diberikan tauliah sebagai “Agong Pulau Pinang” (sini). Wah, tinggi sungguh darjat Guan Eng di mata PAS!

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Malik, beliau turut menghentam BN kerana kononnya mengada-adakan cerita mengenai bacaan doa yang menggantikan nama Agong dengan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu. Ianya dilaporkan oleh Malaysiakini di dalam artikel bertajuk Khutbah: K’jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong (sini).

Penulis merasakan Malik sebenarnya terpaksa ataupun dengan lebih tepat lagi dipaksa oleh Guan Eng untuk menafikan perkara berkenaan. Maklumlah, nak jaga nama katakan. Malik pula mana berani nak lawan Guan Eng. Yalah, dia jadi Exco Hal-Ehwal Agama pun atas ehsan komunis moden tu.

Jawatan Exco Hal-Ehwal Agama sepatutnya disandang oleh wakil rakyat PAS yang menang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Salleh Man. Ia dijanjikan oleh Guan Eng dan Anwar Ibrahim untuk diberikan kepada Salleh jika menang pilihan raya kecil berkenaan. Tapi selepas memenanginya, sampai sekarang habuk pun tarak. Penyokong dan pengundi PAS pula merelakan saja diperbodoh dan ditipu Guan Eng dan Anwar. Apa punya turrr daaa...

Berbalik kepada pembelaan Malik, alasan yang diberikan untuk menafikan berlakunya kejadian berkenaan ialah di dalam teks khutbah yang dikeluarkan kerajaan negeri tiada pun dinyatakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang Dipertuan Agong. Kah kah kah... bangangnya Malik ni.

Hang tengok teks memang la takdak. Itu teks hempa yang sendiri buat. Hang boleh jamin ka khatib tu baca 100% apa yang ada dalam teks tu? Hang boleh jamin ka khatib sebut nama Agong dan bukannya Guan Eng? Apa punya malang orang Melayu Pulau Pinang dapat orang yang jaga agama Islam bangang macam ni. Adoila....

Begitulah episod terbaru celakanya pentadbiran Pakatan Haram di Pulau Pinang. Kepada penyokong PAS khususnya, bangunlah menentang kecelakaan Guan Eng ini. Dua rakan anda telah meluahkan perasaan mereka dengan memaki hamun kepala komunis moden ini di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang, Pulau Pinang. Ceritanya di sini dan gambarnya pula di sini.

Mari kita perambat Guan Eng keluar Pulau Pinang. Biar anak jati Pulau Pinang yang jadi Ketua Menteri. Tapi masalahnya dalam Pakatan Haram mana ada anak jati Pulau Pinang? Semuanya dari luar!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jawapan segera untuk kebodohan Guan Eng menawarkan rasuah politik di Malaysiakini!

Sumber: satulimatiga

Posting terbaru Malaysiakini bertajuk DAP umum habuan jika Pakatan kuasai Putrajaya, 13 Ogos 2010 (sini) amat melucukan. Belum pun lagi Perdana Menteri sentuh atau bagi hint mengenai Pilihanraya Umum Ke-13, Guan Eng awal-awal lagi dah tawarkan rasuah kepada pengundi.

Memang gila kuasa betul Guan Eng ni. Sepatutnya, beliau menyelesaikan masalah rakyat terutamanya orang Melayu di Pulau Pinang. Ini tidak, kerusi Perdana Menteri yang digila-gilakannya. Maklumlah, DAP kan parti yang paling berpotensi berbanding PKR dan PAS di dalam Pakatan Haram untuk mendapat kerusi terbanyak dalam PRU akan datang.

Melihat tiga perkara yang dijanjikan Guan Eng, ia tidak lebih dari retorik untuk menarik undi. Mari kita sentuh satu persatu:

2.8 bilion setahun untuk warga tua Guan Eng nak korek celah mana?
Pertama, kerajaan Pakatan Haram pimpinannya akan memberikan wang tunai sebanyak RM 1,000 kepada semua warga emas berusia 60 tahun. Wah, hebat betul rasuah politik yang cuba diberikan oleh Guan Eng yang ini. Apabila wartawan bertanyakan dari mana Pakatan Haram akan mendapatkan duit untuk menanggungnya, seperti biasa, bukan jawapan yang diberikan tetapi tak habis-habis pusing dan menyalahkan orang lain.

Guan Eng pandai berjanji tapi bangang dari aspek realiti. Adakah beliau fikir rakyat Malaysia ni bodoh? Tahukah beliau bahawa bilangan warga tua semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti warga tua di negara ini akan mencecah 11.3% (sini).

Katakan warga tua sekarang adalah 10% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini bermakna kita mempunyai 2.8 juta warga tua. Jika 2.8 juta didarabkan dengan RM 1,000, jumlah yang diperoleh ialah 2.8 bilion. Jumlah itu amat besar dan katakan Pakatan Haram memerintah Malaysia selama 5 tahun. 2.8 bilion darab 5 menghasilkan 14 bilion. Celah mana dia nak korek tu? Sebab tak tahu menjawablah beliau pusing jawapan dan salahkan kerajaan BN apabila ditanya wartawan. Tak habis-habis menipu la lu Guan Eng.

Kerajaan BN dah baiki pendekatan saman ekor!
Kedua, Guan Eng akan menghapuskan saman ekor yang menyebabkan pemandu disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan. Tindakan Guan Eng ini memang populis dan menagih undi atas isu semasa yang melanda negara. Guan Eng tidak sedar bahawa mereka yang meminta untuk memansuhkan saman ekor ini sebenarnya adalah terdiri dari golongan yang suka memandu laju dan membahayakan nyawa orang lain di lebuh raya.

Kerajaan BN sekarang sudahpun buat keputusan menangguhkan menyenarai hitam mereka yang disaman ekor dan kaedah saman ekor sedia ada akan diperbaiki di mana selepas ini mereka yang disaman ekor akan terus ditahan dan diberi saman serta merta.

Ini baru namanya kerajaan yang mengutamakan rakyat. Satu untuk memastikan pemandu yang suka memandu laju terus dikenakan tindakan dan satu lagi perbaiki pendekatan yang menyusahkan rakyat.

Bukan macam Guan Eng, belum apa-apa terus nak mansuh. Makin bermaharajalela la puak-puak Guan Eng yang majoritinya mempunyai kereta besar dan suka memandu laju di lebuh raya. Akai ada ka Guan Eng?

Kerajaan BN tengah agih 1.2 juta komputer free dengan jalur lebar, lu tak tau ka?
Ketiga, Guan Eng juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh negara. Janji politik Guan Eng ini juga sebenarnya merupakan satu lagi kebodohan yang dinampakkan oleh beliau.

Tidakkan beliau mengetahui bahawa kerajaan melalui SKMM sedang dalam langkah mengagihkan 1.2 juta komputer riba bersama dengan jalur lebar kepada rakyat secara percuma ke seluruh negara. Selain itu kerajaan BN juga telah mewujudkan pelbagai telecenter untuk kegunaan masyarakat luar bandar dan bandar. Sekarang ni pula tengah diperhebatkan perkhidmatan wireless di seluruh negara.

Lu ketinggalan la Guan Eng. Kalau nak bagi WiFi percuma, lu buat di seluruh Penang dulu. Ini nak guna internet di Teluk Bahang pun putus-putus lagi. Bodoh punya Guan Eng!

Akhir sekali, penulis ingin menyentuh apa yang disifatkan oleh beliau di dalam artikel berkenaan sebagai membuktikan bahawa DAP bukan berfahaman komunis dan “tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China”.

Kah kah kah kah kah.... Jawapan mudah penulis untuk itu ialah seperti berikut:

“Parti Komunis China tu parti yang memerintah Republik Rakyat China, Guan Eng bangang oi!”

Bodohnya penyokong Pakatan Haram ada pemimpin macam ni. Mesti la UMNO menjalinkan hubungan dengan parti pemerintah sesebuah negara, parti yang membentuk kerajaan. Takkan nak dicari parti pembangkang. Alahai bodohnya Guan Eng!