Rabu, 22 September 2010

GEMPAR: LIM GUAN ENG MENGHUKUM & MEMBURUKKAN RAKYAT PULAU PINANG

Sumber asal: Minda Intelek Melayu

Di dalam beberapa artikel yang lepas, MIM telah mewar-warkan kepada pembaca sekalian tentang kemungkinan berlakunya kenaikan tarif air oleh pihak PBA Pulau Pinang. Di antaranya, sila klik artikel "
Guan Eng Tuduh Rakyat Pulau Pinang Membazir?"

Akhirnya segala penangguhan tidak dapat lagi dibendung oleh Lim Guan Eng, KM paling celaka di dalam sejarah Pulau Pinang. Dan rakyat akan terpaksa menanggung kesulitan dek keputusan Guan Eng itu!

Yang paling memuakkan hingga tahap muntah isi perut ialah apabila Guan Eng celaka tu telah menuduh dan menghukum kebanyakan rakyat Pulau Pinang yang menggunakan bekalan air. Tak ke keparat namanya!



Yang lebih memuakkan ialah si Lidah Biawak itu putar belit dengan mengatakan bahawa ia dinamakan tarif penjimatan air untuk pengguna domestik dan bukan kadar kenaikan domestik. Apalah lidah biawak ni, kalau dah naik maksudnya tarif tu naiklah!

"Menurutnya (Lim Guan Eng), terdapat tiga tujuan utama berbuat demikian, pertamanya adalah untuk menghukum golongan yang membazir air kerana terdapat 30 peratus pengguna air di negeri ini suka melakukan pembaziran air paip yang disediakan oleh kerajaan."

Memang celaka betul si Guan Eng lidah biawak ni. 30 peratus pengguna air di negeri dituduh bulat-bulat sebagai 'suka melakukan pembaziran air paip' . Ikut suka hati mak nenek dia aja melabelkan rakyat Pulau Pinang sebegitu rupa.

Dan rakyat Pulau Pinang dihukum setiap hari dengan membayar RM0.24 (extra RM0.02) per meter padu iaitu daripada harga asal RM0.22 per meter padu. Pokoknya, rakyat Pulau Pinang dihukum tanpa menyalahi sebarang undang-undang.

Tetapi si lidah biawak itu mahu pula bersuhabat dengan memasnuhkan semua kompaun dan saman bagi kesalahan undang-undang seperti kesalahan meletakkan kenderaan dan lesen penjaja!

Yang tak menyalahi undang-undang di hukum tetapi mereka yang melakukan kesalahan dilepaskan.


Inilah the true colours si Lim Guan Eng, DAP dan seluruh Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah meliwat rakyat Pulau Pinang yang telah menyokong mereka semasa pilihanraya.

Tak ke patut si Guan Eng ni di kutuk habis-habisan sekarang ?

MEMANG PATUT DAN DIWAJIBKAN !!!

Dan sekarang, si Guan Eng celaka ini tanpa malunya menyebut 'PBA telah memberi subsidi' terhadap penjualan air tetapi dialah di antara kepala parti pembangkang yang kuat menghentam kerajaan BN pusat apabila kerajaan cuba memperjelaskan subsidi minyak yang perlu ditanggung.

Apabila kerajaan BN cuba menerangkan kepada rakyat bahawa harga minyak di negara kita ini jauh lebih rendah daripada negara-negara ASEAN yang lain, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Dan sekarang apabila Guan Eng cuba berhujah tentang kerasionalan kenaikan tarif air dengan hujah subsidi dan membandingkannya dengan tarif luar negara, apakah kita akan diam terpaku tanpa merasa meluat dengan putar belit Lim Guan Eng tersebut?

TENTU TIDAK !!

MIM menjangkakan bahawa rakyat Pulau Pinang akan bangkit marah dan memprotes tindakan KM paling celaka di dalam sejarah Pulau Pinang ini. Ramai yang akan membuat demonstrasi, menghantar memorandum bantahan, membuat press statement dan sebagainya.

Dan semestinya, protes dan demontrasi tentunya di gerakkan oleh Pemuda PAS dan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang selalu lantang kononnya memperjuangkan nasib rakyat Pulau Pinang. Betulkan? Mari kita lihat dan saksikan sama ada budak-budak suruhan DAP itu berani atau bacul dan takut untuk menyuarakan isu ini.

Apa pun bagi MIM, semua itu tidak mencukupi. Rakyat Pulau Pinang mesti menyingkirkan Lim Guan Eng dari jawatan beliau. Hanya dengan cara itu sahaja rakyat Pulau Pinang tidak lagi dipermain-mainkan dan diperkotak-katikkan !!

Walaubagaimana pun, gelombang kesedaran tentang sikap buruk Guan Eng yang sebenarnya semakin memuncak dan panas dari sehari ke sehari. MIM tidak terkejut jika satu hari nanti, Guan Eng sudah hilang self-confident dan tidak lagi dilihat sebagai 'YB Tuan' tetapi sebagai pemimpin yang sudah hilang maruahnya!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan