Rabu, 22 September 2010

Tarif air naik, Hadiah Raya kerajaan Pulau Pinang & Guan Eng

Sumber asal: Pejuang Bangsa

Selepas balik dari Shanghai , Guan Eng nampaknya mendapat ilham dan terus melaksanakan satu persatu projek memperbodohkan rakyat PP . Terbaru , Kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBA akan memperkenalkan surcaj pemuliharaan air (WCS) mulai 1 November tahun ini kononnya antara inisiatif usaha untuk menggalakkan pengguna membazir sumber air.

Bermakna kadar tarif air akan naik di PP di bawah kerajaan Amar Maaruf Nahi Mungkar selepas 2 tahun memerintah . Apakah Pulau Pinang telah mengalami kerugian sehingga sanggup membebankan rakyat dengan memaksa rakyat menanggung kos kenaikan surcaj air?

Ini lah konsep sebenar yang harus dicontohi sebagai sebuah kerajaan berkebajikan & berjiwa rakyat ala DAP . Akibat 30 % sahaja yang dikenalpasti menggunakan air berlebihan , Guan Eng menghukum seluruh rakyat PP dengan kenaikan tarif air ini . Kenapa tiada jalan alternatif untuk Pulau Pinang menyelesaikan masalah ini? Alasan untuk menjimatkan penggunaan air tidak boleh diterima kerana sebilangan kecil sahaja yang membazir .. Rakyat Pulau Pinang tidak bodoh sehingga sanggup membazirkan air.

Malah lebih menarik lagi, Guan Eng selaku Pengerusi PBA PP cuba menguatkan lagi alasannya dengan menunjukkan fakta bahawa pada 2009, sejumlah 395,388 pengguna domestik menikmati subsidi air dengan kos yang ditanggung PBAPP kira-kira RM41 juta. Adakah Guan Eng menaikkan kadar tarif air ini kerana mahu hapus subsidi air untuk rakyat PP yang sekarang ini ditanggung PBA ??

PB nak tanya mana perginya goblok penjilat2 tegar Pakatan yang dikatakan pejuangkan hak rakyat dalam isu kenaikan tarif air di PP ini ?? Mr Bean Mahfuz yang jadi kepala kempen saman ekor tak nak buat lagi ke di PP iaitu Kempen Anti Air naik ??? Kalau kerajaan pusat naikkan sikit tarif , puak-puak Pakatan ini lah yang dulu ke depan bercakap dan tuduh bermacam-macam . Sekarang Guan Eng naikkan tarif air di PP semuanya bisu malah ada yang puji lagi kononnya mendidik rakyat tidak membazir .

Jadi, syabas PB ucapkan kepada projek terbaru Guan Eng perbodohkan rakyat dengan alasan JiMAT AIR ini . Projek -projek kebajikan seperti inilah harus dilaksanakan selagi Pakatan memegang kuasa supaya senang untuk kaut duit rakyat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan