Ahad, 29 Ogos 2010

CUEPACS patut desak Guan Eng naikkan bonus lagi RM100. Kesian penjawat awam Penang!

Sumber: satulimatiga

Penulis merasa sangat kasihan kepada seluruh penjawat awam Pulau Pinang di bawah kerajaan Guan Eng. Ketika rakan-rakan mereka yang juga bertugas di Pulau Pinang tetapi melapor kepada Kerajaan Persekutuan menerima bonus RM500, mereka hanya menerima RM400 akibat tindakan Guan Eng yang gila populariti (sini).

Di negeri-negeri BN yang lain semua penjawat awam menerima RM500, sama kadar yang diberikan oleh Pusat. Malah, Selangor dan Kedah turut memberikan jumlah yang sama.

Mungkin RM100 bagi Guan Eng itu jumlahnya sangat kecil tetapi jumlah itu sangat bermakna kepada pejawat awam khususnya yang berpendapatan rendah.

Guan Eng juga perlu sedar yang tindakan beliau memberikan bonus yang kurang dari kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain akan menjejaskan moral penjawat awam Pulau Pinang.

Penulis memohon agar CUEPACS campur tangan dan mendesak agar Guan Eng menaikkan bonus penjawat awam Pulau Pinang sekurang-kurangnya RM100 lagi. Penjawat awam di Pulau Pinang juga seharusnya menunjukkan tanda protes kepada Guan Eng agar beliau menaikkan bonus anda semua.

Ini kerana Guan Eng sebelum ini, yang turut menggunakan balacinya PAS (sini), telah menjaja bahawa pelaburan Pulau Pinang kononnya telah meningkat 1.53 bilion untuk tempoh sehingga Jun tahun ini.

Takkanlah dengan pelaburan berbilion ringgit tu nak bagi bonus RM500 kepada penjawat awam Pulau Pinang tak boleh kot? Lu tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri tapi menyewa banglo mewah boleh pula?

Buat penjawat awam Pulau Pinang, sekali lagi penulis tegaskan, kalau Guan Eng tak naikkan bonus lagi RM100, jangan sesekali undi Pakatan Haram dalam pilihanraya akan datang. Mengundi PAS dan PKR apatah lagi DAP bermakna anda mengundi untuk mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Jangan dibiarkan lagi. Nyah Guan Eng keluar dari Pulau Mutiara. Dia bukan orang sana!

Rabu, 25 Ogos 2010

Guan Eng, bonus RM400 saja ka? Semua negeri BN RM500. Lu malukan penjawat awam Penang la!

Sumber: satulimatiga

Semua rakan penulis yang berkerja di sektor awam Persekutuan yang sempat ditemui selepas pengumuman pemberian bantuan hari raya RM500 oleh PM petang tadi senyum melebar sampai ke telinga. Masakan tidak, jumlah RM500 itu amat bermakna bagi mereka khususnya yang berjawatan rendah.

Sebelum ini, Guan Eng menjaja bahawa kerajaan pimpinannya amat prihatin apabila memberikan RM400 kepada penjawat awam di Pulau Pinang pada 18 Ogos yang lalu (sini).

Pencacai-pencacai Pakatan Haram menjadikannya sebagai satu isu dengan mengatakan penjawat awam di Pulau Pinang sangat beruntung kerana berada di bawah DAP berbanding rakan-rakan mereka di Persekutuan dan negeri-negeri BN yang tidak langsung mendapat apa-apa.

Akibat dari itu, ramai penjawat awam Pulau Pinang khususnya yang menyokong Pakatan Haram memperli rakan-rakan mereka yang bekerja di bawah BN agar mengundi Pakatan Haram dalam pilihan raya akan datang. Hanya semata-mata BN kononnya tidak memberikan bonus RM400 seperti yang dilakukan kalipah Guan Eng.

Hari ini, apabila PM mengumumkan bonus RM500 untuk penjawat awam Persekutuan, semua negeri BN turut mengikuti langkah berkenaan. Ia sudah menjadi tradisi sejak dulu lagi semua negeri akan memberikan bonus pada kadar yang sama sebagaimana yang diberikan oleh Pusat. Kelantan yang di bawah PAS pun akan mengikut kadar yang sama.

Dengan pemberian RM500 itu, penjawat awam di Persekutuan dan negeri-negeri BN amat bersyukur kerana ia bukan saja meringankan beban malah mereka juga dapat memulangkan paku buah keras keras kepada penjawat awam pro Pakatan Haram di Pulau Pinang.

Tindakan populis Guan Eng yang cuba menggambarkan kononnya hanya dirinya saja yang prihatin kepada penjawat awam negeri berkenaan dengan mendahului pengumuman dari Pusat telah memakan diri sendiri. Walaupun jumlah perbezaannya RM100, ia amat besar bagi penjawat awam khususnya yang berjawatan rendah.

Penulis amat menantikan apakah kaedah yang akan digunakan Guan Eng untuk menutup “kemaluannya” kali ini. Jika benar beliau seorang yang prihatin, pasti sekurang-kurangnya RM100 lagi bonus akan ditambah kepada semua penjawat awam Pulau Pinang. Jika itu tidak dilakukan, Guan Eng menyerlahkan lagi kebodohan dirinya yang hanya mementingkan populariti.

Pesanan penulis kepada penjawat awam Pulau Pinang, jika Guan Eng tidak tambah bonus RM100 lagi, jangan sesekali terfikir untuk mengundi DAP, PKR atau PAS dalam pilihan raya akan datang. Ingat tu!

Ahad, 22 Ogos 2010

Haramjadah! Guan Eng tidak tandatangan resolusi taat setia Pakatan PP kepada YDP Agong!

Sumber: satulimatiga

Semalam 22 Ogos 2010, heboh diceritakan puak-puak Pakatan Haram Pulau Pinang meluluskan 10 usul sebagai tanda taat setia kepada YDP Agong dan Yang diPertua Negeri di dalam mesyuarat tergempar yang diadakan di KOMTAR (sini).

Lucunya, Barisan Nasional dan sebelumnya Perikatan, semenjak sebelum merdeka lagi telah taat setia kepada YDPA dan Yang diPertua Negeri Pulau Pinang. Pakatan Haram sekarang ini baru terhegeh-hegeh nak tunjuk yang mereka kononnya setia padahal ia dibuat untuk kelansungan politik.

Penulis dimaklumkan, di seluruh Pulau Pinang, puak-puak Pakatan Haram telah menjaja isu khutbah yang menggantikan nama YDP Agong dengan nama Guan Eng kononnya dibuat-buat oleh UMNO. Sebab itu resolusi ini diadakan bagi mengukuhkan kisah putar alam mereka!

Membaca resolusi berkenaan membuatkan penulis berasa terkejut apabila ia tidak ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng walaupun mesyuarat berkenaan dipengerusikan beliau.

Guan Eng selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Pakatan Haram Pulau Pinang seharusnya mengetuai dan menandatanganinya sebagai tanda Pakatan Haram Pulau Pinang yang dipimpin beliau berpegang teguh kepada resolusi berkenaan. Sebaliknya, hanya orang bawahan beliau yang menurunkan tanda tangan.

Ini bermakna Guan Eng sebenarnya tidak mahu terikat untuk taat setia kepada YDP Agong dan Yang diPertua Negeri sebagaimana yang digariskan di dalam resolusi tersebut. Dengan kata lainnya, Guan Eng tidak mahu berikrar untuk menjunjung YDP Agong dan Yang diPertua Negeri dalam pentadbiran beliau.

Yalah, Masakan Guan Eng mahu taat sedangkan matlamat perjuangan DAP kan Malaysian Malaysia, semua sama rata, sama rasa!

Bukalah mata sekalian umat Melayu sekalian. Lihat bagaimana Guan Eng dengan liciknya secara halus menolak kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara dan Yang diPertua Negeri sebagai “payung” pentadbiran negeri Pulau Pinang.

Ini dilakukan beliau ketika bertakhta di Pulau Pinang. Bayangkan bagaimana pula sekiranya beliau berada di Putrajaya. Nauzubillah hi minzalik!

Jumaat, 20 Ogos 2010

Teks khutbah memang takda nama Guan Eng bangang oi! Kena paksa buat pembelaan ka Malik?

Sumber: satulimatiga

Tak semena-mena Exco Hal-Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dilihat bangun membela “Agong Pulau Pinang”, Lim Guan Eng. Guan Eng dulunya diberi gelaran Khalifah oleh PAS bagi menggambarkan betapa “Islamiknya” pemerintahan beliau kini diberikan tauliah sebagai “Agong Pulau Pinang” (sini). Wah, tinggi sungguh darjat Guan Eng di mata PAS!

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Malik, beliau turut menghentam BN kerana kononnya mengada-adakan cerita mengenai bacaan doa yang menggantikan nama Agong dengan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu. Ianya dilaporkan oleh Malaysiakini di dalam artikel bertajuk Khutbah: K’jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong (sini).

Penulis merasakan Malik sebenarnya terpaksa ataupun dengan lebih tepat lagi dipaksa oleh Guan Eng untuk menafikan perkara berkenaan. Maklumlah, nak jaga nama katakan. Malik pula mana berani nak lawan Guan Eng. Yalah, dia jadi Exco Hal-Ehwal Agama pun atas ehsan komunis moden tu.

Jawatan Exco Hal-Ehwal Agama sepatutnya disandang oleh wakil rakyat PAS yang menang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Salleh Man. Ia dijanjikan oleh Guan Eng dan Anwar Ibrahim untuk diberikan kepada Salleh jika menang pilihan raya kecil berkenaan. Tapi selepas memenanginya, sampai sekarang habuk pun tarak. Penyokong dan pengundi PAS pula merelakan saja diperbodoh dan ditipu Guan Eng dan Anwar. Apa punya turrr daaa...

Berbalik kepada pembelaan Malik, alasan yang diberikan untuk menafikan berlakunya kejadian berkenaan ialah di dalam teks khutbah yang dikeluarkan kerajaan negeri tiada pun dinyatakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang Dipertuan Agong. Kah kah kah... bangangnya Malik ni.

Hang tengok teks memang la takdak. Itu teks hempa yang sendiri buat. Hang boleh jamin ka khatib tu baca 100% apa yang ada dalam teks tu? Hang boleh jamin ka khatib sebut nama Agong dan bukannya Guan Eng? Apa punya malang orang Melayu Pulau Pinang dapat orang yang jaga agama Islam bangang macam ni. Adoila....

Begitulah episod terbaru celakanya pentadbiran Pakatan Haram di Pulau Pinang. Kepada penyokong PAS khususnya, bangunlah menentang kecelakaan Guan Eng ini. Dua rakan anda telah meluahkan perasaan mereka dengan memaki hamun kepala komunis moden ini di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang, Pulau Pinang. Ceritanya di sini dan gambarnya pula di sini.

Mari kita perambat Guan Eng keluar Pulau Pinang. Biar anak jati Pulau Pinang yang jadi Ketua Menteri. Tapi masalahnya dalam Pakatan Haram mana ada anak jati Pulau Pinang? Semuanya dari luar!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jawapan segera untuk kebodohan Guan Eng menawarkan rasuah politik di Malaysiakini!

Sumber: satulimatiga

Posting terbaru Malaysiakini bertajuk DAP umum habuan jika Pakatan kuasai Putrajaya, 13 Ogos 2010 (sini) amat melucukan. Belum pun lagi Perdana Menteri sentuh atau bagi hint mengenai Pilihanraya Umum Ke-13, Guan Eng awal-awal lagi dah tawarkan rasuah kepada pengundi.

Memang gila kuasa betul Guan Eng ni. Sepatutnya, beliau menyelesaikan masalah rakyat terutamanya orang Melayu di Pulau Pinang. Ini tidak, kerusi Perdana Menteri yang digila-gilakannya. Maklumlah, DAP kan parti yang paling berpotensi berbanding PKR dan PAS di dalam Pakatan Haram untuk mendapat kerusi terbanyak dalam PRU akan datang.

Melihat tiga perkara yang dijanjikan Guan Eng, ia tidak lebih dari retorik untuk menarik undi. Mari kita sentuh satu persatu:

2.8 bilion setahun untuk warga tua Guan Eng nak korek celah mana?
Pertama, kerajaan Pakatan Haram pimpinannya akan memberikan wang tunai sebanyak RM 1,000 kepada semua warga emas berusia 60 tahun. Wah, hebat betul rasuah politik yang cuba diberikan oleh Guan Eng yang ini. Apabila wartawan bertanyakan dari mana Pakatan Haram akan mendapatkan duit untuk menanggungnya, seperti biasa, bukan jawapan yang diberikan tetapi tak habis-habis pusing dan menyalahkan orang lain.

Guan Eng pandai berjanji tapi bangang dari aspek realiti. Adakah beliau fikir rakyat Malaysia ni bodoh? Tahukah beliau bahawa bilangan warga tua semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti warga tua di negara ini akan mencecah 11.3% (sini).

Katakan warga tua sekarang adalah 10% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini bermakna kita mempunyai 2.8 juta warga tua. Jika 2.8 juta didarabkan dengan RM 1,000, jumlah yang diperoleh ialah 2.8 bilion. Jumlah itu amat besar dan katakan Pakatan Haram memerintah Malaysia selama 5 tahun. 2.8 bilion darab 5 menghasilkan 14 bilion. Celah mana dia nak korek tu? Sebab tak tahu menjawablah beliau pusing jawapan dan salahkan kerajaan BN apabila ditanya wartawan. Tak habis-habis menipu la lu Guan Eng.

Kerajaan BN dah baiki pendekatan saman ekor!
Kedua, Guan Eng akan menghapuskan saman ekor yang menyebabkan pemandu disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan. Tindakan Guan Eng ini memang populis dan menagih undi atas isu semasa yang melanda negara. Guan Eng tidak sedar bahawa mereka yang meminta untuk memansuhkan saman ekor ini sebenarnya adalah terdiri dari golongan yang suka memandu laju dan membahayakan nyawa orang lain di lebuh raya.

Kerajaan BN sekarang sudahpun buat keputusan menangguhkan menyenarai hitam mereka yang disaman ekor dan kaedah saman ekor sedia ada akan diperbaiki di mana selepas ini mereka yang disaman ekor akan terus ditahan dan diberi saman serta merta.

Ini baru namanya kerajaan yang mengutamakan rakyat. Satu untuk memastikan pemandu yang suka memandu laju terus dikenakan tindakan dan satu lagi perbaiki pendekatan yang menyusahkan rakyat.

Bukan macam Guan Eng, belum apa-apa terus nak mansuh. Makin bermaharajalela la puak-puak Guan Eng yang majoritinya mempunyai kereta besar dan suka memandu laju di lebuh raya. Akai ada ka Guan Eng?

Kerajaan BN tengah agih 1.2 juta komputer free dengan jalur lebar, lu tak tau ka?
Ketiga, Guan Eng juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh negara. Janji politik Guan Eng ini juga sebenarnya merupakan satu lagi kebodohan yang dinampakkan oleh beliau.

Tidakkan beliau mengetahui bahawa kerajaan melalui SKMM sedang dalam langkah mengagihkan 1.2 juta komputer riba bersama dengan jalur lebar kepada rakyat secara percuma ke seluruh negara. Selain itu kerajaan BN juga telah mewujudkan pelbagai telecenter untuk kegunaan masyarakat luar bandar dan bandar. Sekarang ni pula tengah diperhebatkan perkhidmatan wireless di seluruh negara.

Lu ketinggalan la Guan Eng. Kalau nak bagi WiFi percuma, lu buat di seluruh Penang dulu. Ini nak guna internet di Teluk Bahang pun putus-putus lagi. Bodoh punya Guan Eng!

Akhir sekali, penulis ingin menyentuh apa yang disifatkan oleh beliau di dalam artikel berkenaan sebagai membuktikan bahawa DAP bukan berfahaman komunis dan “tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China”.

Kah kah kah kah kah.... Jawapan mudah penulis untuk itu ialah seperti berikut:

“Parti Komunis China tu parti yang memerintah Republik Rakyat China, Guan Eng bangang oi!”

Bodohnya penyokong Pakatan Haram ada pemimpin macam ni. Mesti la UMNO menjalinkan hubungan dengan parti pemerintah sesebuah negara, parti yang membentuk kerajaan. Takkan nak dicari parti pembangkang. Alahai bodohnya Guan Eng!

Khamis, 12 Ogos 2010

Punca sebenar Guan Eng mudah menindas Melayu Islam Pulau Pinang!

Sumber: satulimatiga

Satu persatu tindakan kerajaan pimpinan Guan Eng menitiskan air mata dan merobek hati Melayu Pulau Pinang, khususnya mereka yang tinggal di bahagian pulau. Hanya beberapa kerat Melayu dari PKR dan PAS yang diberi jawatan oleh Guan Eng berterusan membela orang yang mereka anggap sebagai khalifah ini.

Hujah yang diberikan puak-puak Pakatan Haram ini bahawa Melayu Pulau Pinang sejak BN memerintah lagi ditindas menampakkan mereka ini hanya berminat untuk mencari kuasa dan berterusan berkuasa, bukannya menyelesaikan masalah rakyat.

Sepatutnya, jika mereka mengatakan Melayu Pulau Pinang tertindas di bawah BN, mereka harus selesaikan masalah itu. Ini tidak, sejak Guan Eng memegang kuasa, semakin banyak tindakan yang menekan dan meminggirkan Melayu.

Lihat saja bagaimana SDO dihina oleh Guan Eng, menghalau peniaga Melayu berhampiran Quenssbay, robohkan kafe DOREMI, menghalau peniaga di KOMTAR dan pelbagai lagi tindakan halus yang menyisihkan Melayu sedikit demi sedikit.

Penulis mudah sangat untuk faham mengapa Guan Eng dengan bersenang-lenang menekan Melayu Islam Pulau Pinang sejak beliau mula memerintah pada Mac 2008. Ini sebabnya:

Kerajaan Guan Eng 2008:
Bukan Melayu 25 orang
Melayu 4 orang

Perbezaan 21 orang

Dan sekarang, cuba bandingkan kerajaan BN sebelumnya (2004):

Bukan Melayu 24 orang
Melayu 14 orang

Perbezaan 10 orang

Nampak? Melayu Islam Pulau Pinang khususnya penyokong Pakatan Haram nampak tak? Inilah sebabnya Guan Eng boleh melakukan apa saja yang beliau mahukan untuk menindas orang Melayu.

Ketika Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri dulu, beliau sekurang-kurangnya mahu juga mendengar cakap ADUN-ADUN Melayu dari UMNO. Ini kerana perbezaan di antara ADUN Bukan Melayu dengan Melayu hanya 10 orang.

Berbeza dengan Guan Eng, beliau langsung tidak perlu untuk mempedulikan atau mendengar suara 4 orang ADUN Melayu Pakatan Haram (3 PKR, 1 PAS) untuk membuat keputusan. Iyalah, perbezaannya 21 orang. Sekali lagi penulis ulangi, DUA PULUH SATU ORANG! Apa yang mampu dibuat mereka?

Buat Melayu Pulau Pinang, inilah kesan dari tindakan emosi dan termakan dengan dakyah Anwar dan PAS. Kononnya apabila mengundi DAP, PKR dan PAS, Melayu Islam Pulau Pinang akan terbela. Hari ini, anda menanggung azab ciptaan Guan Eng tanpa dipedulikan langung oleh Anwar dan Nik Aziz.

Bangunlah menentang kezaliman Guan Eng dan menuntut hak kalian dipelihara, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang. Ketika PRU-13 nanti, jangan ulangi kesilapan lalu. Mari kita pastikan Guan Eng diterajang keluar dari Pulau Pinang balik ke Melaka! Pulau Pinang bukan negeri dia!

Isnin, 9 Ogos 2010

Anwar melawat Pulau Pinang dan suruh Melayu sokong DAP ketika Guan Eng halau peniaga Melayu!

Sumber: satulimatiga

“Anwar Ibrahim mabuk ka? Dia ingat dia Perdana Menteri ka nak melawat Pulau Pinang? Permatang Pauh tu Parlimen kat negeri mana? Apa dia ingat Permatang Pauh tu kat Kuala Lumpur ka? Celaka sungguh!”, itu luahan rakan penulis yang mengundi Pakatan Haram dalam pilihanraya 2008 yang lalu setelah penulis bertanyakan pendapatnya mengenai lawatan Anwar ke Pulau Pinang.

Benar, Anwar mengadakan lawatan ke Pulau Pinang semalam (8 Ogos 2010) dan ia ada dinyatakan di dalam posting bertajuk Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang bertarikh 7 Ogos 2010 di lawan web beliau (sini).

Mungkin Anwar terlupa seketika yang beliau sebenarnya berasal dari Cherok Tok Kun dan merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Maklumlah, gelaran Perdana Menteri 16 September yang beliau jawat sekarang ni bukan calang-calang jawatan di Malaysia ni hingga membuatkan beliau lupa asal usul.

Penulis berpendapat, Anwar terpaksa untuk mengadakan lawatan ke negeri asalnya sendiri kerana beliau sebenarnya tidak pernah langsung balik ke Pulau Pinang untuk melihat permasalahan rakyat terutamanya di Permatang Pauh.

Apa yang menjelikkan lagi ialah Anwar seolah lupa diri kerana beliau mengadakan lawatan ketika Guan Eng menghalau orang Melayu Tanjung dari berniaga di tempat yang selama lebih 20 tahun mereka berniaga setiap kali menjelang Ramadhan tanpa sebarang permasalahan. Bertambah celaka lagi ialah apabila Anwar langsung tidak mempedulikan nasib peniaga-peniaga yang dihalau itu.

Malangnya, apa yang disibukkan oleh Anwar ketika lawatan ke Pulau Pinang ini ialah dengan memasuki kawasan majoriti Melayu dan memperbodohkan orang Melayu di kawasan berkenaan untuk terus memberikan sokongan kepada Guan Eng. Lihat saja bagaimana dua siri ceramah ketika lawatannya ini diadakan di kawasan majoriti Melayu iaitu di Balik Pulau dan Stadium Mini Bukit Mertajam.

Di Balik Pulau, ia diadakan di Kompleks Sukan MPPP. Siang harinya satu kenduri kahwin telah diadakan oleh penduduk setempat yang telah terlebih awal menempah dewan berkenaan. Malangnya, program yang membawa Anwar untuk menaburkan fitnah ini telah menjejaskan perjalanan majlis berkenaan.

Ini kerana pihak penganjur bukan saja memasang bendera PKR, PAS dan DAP di sekitar dewan malah dengan sengaja memasang banner program di pentas utama sedangkan mereka telah sedia maklum kenduri kahwin akan diadakan di dewan berkenaan. Disitulah tempat pengantin mahu bersantap dan bersanding.

Mungkin kerana takut dihalau sekiranya menurunkan banner yang digantung di pentas utama, tuan rumah telah menutupnya dengan kain besar. Sungguh tidak beradap orang-orang PKR. Jika kemaruk sangat mahu membawa Anwar untuk memperbodohkan orang Balik Pulau sekalipun, hormatilah penduduk setempat yang menganjurkan kenduri kahwin di situ.

Dalam ceramahnya, Anwar bersama rakan-rakan penabur fitnah yang lain seperti biasa merayu agar orang Melayu di Pulau Pinang terus memberi sokongan kepada Guan Eng. Anwar langsung tidak menyentuh mengenai Melayu yang dihalau di KOMTAR (sini, sini dan sini).

Melayu di kawasan Balik Pulau yang merupakan kawasan majoriti orang Melayu di bahagian pulau terus leka menikmati omongan hebat Anwar. Mereka dilalaikan kononnya Guan Eng telah membawa banyak kemakmuran ke Pulau Pinang sedangkan jika dilihat sejak Yusmadi memenangi kerusi Parlimen, tiada satu pun pembangunan, projek atau keselesaan yang dibawa beliau atau kerajaan Guan Eng ke Balik Pulau. Semuanya mengharapkan kepada ADUN Pulau Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas dari BN.

Penulis mengharapkan Melayu Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya. Politik baru yang kononnya cuba dibawa oleh Yusmadi tidak membawa apa-apa makna. Adakah dengan hanya kembali mengajurkan liga bola sepak yang mati sejak Pakatan Haram mengambil alih Pulau Pinang akan membawa kemakmuran kepada penduduk Balik Pulau? Melayu Balik Pulau mahu lebih dari itu! Balik Pulau memerlukan Ahli Parlimen yang pandai bekerja dan bukan hanya pandai bercakap saja!

Bangunlah Melayu Pulau Pinang, menyokong Anwar dan Guan Eng tiada beza. Mereka ibarat parasit yang memusahkan anak bangsa. Jangan kita menyesal, dulu Tsu Koon mahu juga dengar kata, tapi Guan Eng, dia buat Pulau Pinang macam bapak dia punya. Cukup celaka!